BLOGGER SERI MAHSURI

BLOGGER SERI MAHSURI

Monday 23 January 2017

KEISTIMEWAAN PAU YIK MUN DI TANJUNG MALIM


PAU YIK MUN DI TANJUNG MALIM





Assalammualaikum... besar tak gambar pau ni. Ini la pau Yik Mun. Kat malaysia ni banyak jenis pau yang popular.  Ada pau cendawan, pau ayam (bentuk pau tu sebijik macam ayam panggang) dan macam-macam lagi jenis dan rupa pau. Gambar bawah ni contoh gambar pau yang tengah hangat diperkatakan. Pau kat bawah ni pun sedap gak. Tapi dalam blog saya kali ini, saya tertarik untuk bercerita tentang pau Yik Mun di tanjung malim. Mesti semua orang tertanya-tanya apakah keistimewaan pau ni ek?


Kita bermula dengan sejarah pau yik mun ni k. Pau ni halal tau. Ada cop halal tau. Mak saya orang perak, so dia dah biasa makan pau yik mun ni dari kecik. Kalau ikut cerita mak, tokey kedai yik mun ni peramah orangnya walaupun dia berbangsa cina, tapi kebanyakan pelanggannya pelbagai bangsa. Bermula dengan perniagaan yang kecil-kecilan pada tahun 1926, Sehingga sekarang Yik Mun mampu mempunyai jenama produknya sendiri. Dulu pau yik mun ni besar lagi dari yang sekarang ni, dan rupanya pun ada beza sedikit. Dulu inti pau yik mun lain sikit. Kalau pau ayam, inti ayamnya banyak dan berketul-ketul ayamnya. Siap ada tulang ayam dalamnya. Kalau pau daging, inti dagingnya berketul-ketul (bukan danging cincang k). Begitu juga dengan pau kaya dan pau kacang. Roti paunya pun berbeza jugak, kalau dulu paunya ada rekahan macam apam beras. Tak dapat den nak bayangkan, pau ada rekah atas macam apam beras. Gambar bawah contoh apam beras yang ada rekah di atasnya.


Tapi masa sudah berlalu, pau yik mun pun semakin berubah. Tapi masih lagi sedap. Daging ayam dan daging lembu di hancurkan. Kemudian daging tersebut di ketulkan pada saiz yang agak besar. Macam gambar kat atas sekali. Roti paunya tetap sedap walaupun dah sejuk, lembut je. Gambar kat bawah ni, gambar mak saya dan adiknya. Ni la orang yang bercerita pasal pau Yik Mun yang dulu. 


Kalau nak gi kedai Yik Mun ni senang je. Saya guna google map je. Kedainya kat tepi jalan je. 

 


Dalam kedai ni bukan pau sahaja yang dijual, tapi macam-macam menu ada dijual. Konsep yang digunakan untuk pelanggan memesan makanan ialah setiap pelanggan diberi sehelai kertas menu yang beserta gambar makanan. Kat kertas itu pelanggan akan tik dan tulis jumlah bilangan yang kita nak. Lepas tu bagi kertas pesanan tu ke pelayan restoran. Yik Mun bukan sahaja ada pau malah yik mun juga ada produk keluarannya yang lain. Yik Mun ada produk kopi segeranya sendiri. Tak tau la sedap ke tidak,saya tak rasa sebab tak suka kopi. HIHIHIHI... Pau Yik Mun juga ada dipekkan dalam bentuk frozen untuk pelanggan. Harganya RM 26.00 satu bungkus ada 12 biji. Ini harga yang terkini la. Masa-masa akan datang mungkin akan berubah.





Kedai Yik Mun ni tak la berapa besar sangat, tapi selesa sebab kedudukannya adalah kedai yang paling tepi sekali. Ramai jugak pelanggan yang kunjung dalam satu-satu masa. Masa saya datang tu, ramai sangat orang melayu, so tak perlu la ragu-ragu ye. Produk Yik Mun ni pun ada cop halal je.




Dah kenyang makan jangan lupa selfie ye. Haaa.... akk nak bagi nasihat jap. Walau pun kita makan macam-macam jangan lupa tentang kesihatan kita ye. Amalkan makanan tambahan dalam rutin harian kita supaya tubuh badan kita dapat dibantu dan dijaga sebaik mungkin. Shaklee menyediakan pelbagai produk makanan tambahan untuk anda. Saya sedia membantu ada.



WHATSAPP : 016-7663592 (HUDA)
COD : PUCHONG, PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANDAR SAUJANA PUTRA.






No comments:

Post a Comment